KEM BENCANA ALAM DAN PERTOLONGAN CEMAS


KUALA WOH, 25hb sehingga 27hb Januari 2008. Satu kem latihan kem bencana alam yang dijalankan di Kem Kuala Woh, Tapah. BSMM Cabang Batang Padang, telah menjadi tuan rumah. Kem ini disertai dari 10 buah cabang di dalam cawangan Perak. Antara cabang yang turut serta, Cabang Batang Padang, Cabang Tanjong Malim / Slim River, Cabang Kampar, Cabang Ipoh, Cabang Kuala Kangsar, Cabang Perak Tengah, Cabang Hilir Perak, Cabang Manjung. Seramai 120 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut. Peserta terdiri daripada anggota Pasukan Bantuan Sukarela dan Unit Sekolah Rendah.











Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam, bermula pada hari jumaat dan berakhir pada hari ahad. Di dalam latihan ini telah diterapkan ilmu-ilmu pertolongan cemas, Operasi Bencana Alam dan pelbagai pendedehan yang telah diterapkan kepada peserta.


















Kem ini telah di rasmikan oleh wakil rasmi YBGH Dato' Ismail bin Shah Bodin, Timbalan Pengerusi BSMM Cawangan Perak iaitu Tn Hj Hashim bin Lob, Pengerusi BSMM Cabang Batang Padang. Didalam ucapan beliau banyak menekan tentang kepentingan kem latihan ini untuk persatuan secara khusus dan kepada masyarakat pada amnya. Di dalam majlis ini juga, turut hadir wakil BSMM IPK, En. Razlan, Bahagian Latihan.

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Icon from : FamFamFam             Powered by Powered By Blogger